SELAMAT DATANG

KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG MEMILIKI KERETA PERODUA VIVA, KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI SEBUAH KELUARGA. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERBENTUK KEKELUARGAAN,RIADAH,SUKAN,KEMASYARAKATAN DAN BERMACAM LAGI DIJALANKAN BAGI MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA BERSAMA.

TIDAK KIRA BANGSA, TUA ATAU PUN MUDA, BERLAINAN AGAMA SEKALIPUN.. ANDA DIALU-ALUKAN.

Tuesday, 27 November 2012

Provc@Santai

Semut dan kehidupan


Kerjanya mengumpul makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat dan jemu. Belum pernah dilihat seekor semut terbaring keletihan. Dia akan diusung atau dibantu oleh rakan-rakanya apabila ia mengalami kesakitan atau setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan terus bekerja. Tahukah anda, semut boleh mengumpul makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih daripada banyaknya bekalan makanan yang telah dikumpulnya.


Daripada setiap 700 juta semut yang dilahirkan ke dunia, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Dengan kata lain, jumlah semut-semut di dunia ini adalah jauh lebih tinggi daripada manusia.

Kehebatan sifat-sifat semut tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun, berjuta-juta mereka tinggal bersama, mereka tidak mempunyai sebarang sengketa di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau kecelaruan. Mereka hidup di dalam kehidupan yang begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan.



 "Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri dari jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari." Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."Surah An-Naml ayat 17-19

No comments:

Post a Comment