SELAMAT DATANG
KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG MEMILIKI KERETA PERODUA VIVA, KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI SEBUAH KELUARGA. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERBENTUK KEKELUARGAAN,RIADAH,SUKAN,KEMASYARAKATAN DAN BERMACAM LAGI DIJALANKAN BAGI MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA BERSAMA.
TIDAK KIRA BANGSA, TUA ATAU PUN MUDA, BERLAINAN AGAMA SEKALIPUN.. ANDA DIALU-ALUKAN.
Thursday, 29 November 2012
Info : Peraturan pemakaian tali pinggang keledar
Bermula 1 Januari
2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang
telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang
Keledar) (Pindaan 2008).
Kaedah ini mula berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut :
- Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995.
- Kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points).
- Kenderaan yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
- Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.
Bagi kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 dan
mempunyai penambat binaan dalam (rear anchorage points), tetapi tidak
dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan
tersebut diberi tempoh selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang
keledar tempat duduk belakang. Tempoh 3 tahun ini bermula dari 1 Januari
2009 hingga 3i Disember 2011.
Bagi membantu pemilik kenderaan, pihak JKJR dan pengeluar kenderaan
iaitu Proton, Perodua dan Honda telah menandatangani MoU di mana
pengeluar kenderaan-kenderaan tersebut telah bersetuju memasang tali
pinggang keledar belakang secara percuma (bagi kenderaan yang
dikeluarkan mulai 1hb Januari 1995). Adalah dianggarkan sebayak 227,000
buah kenderaan Proton, 435,000 buah kenderaan Perodua dan 35,000 buah
kendraan Honda akan dipasang secara retrofit oleh pengeluar
masing-masing. Pemilik kenderaan adalah dinasihatkan supaya mengambil
tindakan awal untuk melengkapkan kenderaan masing-masing dengan tali
pinggang keledar tempat duduk belakang demi melindungi keselamatan diri
dan penumpang.
Intervansi atau inisiatif melalui penguatkuasaan tali pinggang keledar
belakang ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kematian
apabila berlaku kemalangan jalan raya. Mengikut kajian oleh MIROS
(Malaysian Institute of Road Safety Research), pada tahun 2007, terdapat
350 kes kematian, 700 kes cedera parah dan 2,100 kes cedera ringan yang
melibatkan penumpang di tempat duduk belakang kenderaan persendirian.
Dari jumlah ini sebanyak 40% – 50% kes kematian, cedera parah dan cedera
ringan yang melibatkan penumpang belakang boleh dikurangkan sekiranya
pemandu atau penumpang memakai tali pinggang keledar.
Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang
keledar (hadapan atau belakang) akan disaman. Penalti bagi kesalahan ini
adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu
(1) tahun atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, bagi tempoh enam
(6) bulan pertama iaitu mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2009, JPJ atau
PDRM akan menawarkan kompaun RM300 kepada pesalah.
Persoalan dan Jawapan :
ADAKAH SEMUA KENDERAAN DIWAJIBKAN MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG ?
Mulai 1 Januari 2009 semua kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1
Januari 1995 wajib memasang tali pinggang keledar tempat duduk
belakang.
APAKAH KENDERAAN YANG DIKECUALIKAN DARIPADA DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?
Kenderaan-kenderaan yang dikecualikan dari dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang adalah seperti berikut:-
- Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995.
- Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points).
- Kenderaan yang mempunyai lebih daripada lapan tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
- Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.
ADAKAH
DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN JIKA KENDERAAN YANG DIDAFTAR SELEPAS 1 JANUARI
1995 TETAPI TIDAK DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?
Tidak. Kenderaan tersebut diberi tempoh sehingga 31 Disember 2011 untuk dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
BERAPAKAH JUMLAH TALI PINGGANG KELEDAR YANG SEPATUTNYA DIPASANG PADA SESEBUAH KENDERAAN?
Setiap tempat duduk di dalam sesebuah kenderaan yang kapasitinya tidak
melebihi 8 tempat duduk tidak termasuk pemandu hendaklah dipasang tali
pinggang keledar.
ADAKAH KENDERAAN BARANGAN DIKECUALIKAN DARI MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR?
Kenderaan barangan yang mempunyai berat muatan maksimum melebihi 3500
Kg adalah dikecualikan daripada memasang tali pinggang keledar belakang.
ADAKAH KENDERAAN JENIS VAN, MPV, SUV DAN MUV PERLU DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?
Ya. Sekiranya kenderaan tersebut didaftar pada atau selepas 1 Januari
1995 dan jumlah tempat duduknya kurang dari 8 orang termasuk tempat
duduk pemandu.
BOLEHKAH TEMPAT DUDUK BELAKANG SESEBUAH KENDERAAN DIPASANG DENGAN TALI PINGGANG KELEDAR JENIS IKATAN PINGGANG SAHAJA?
Ya. Boleh. Sekiranya binaan kenderaan tersebut tidak membolehkan ia dipasang dengan tiga penambat bina dalam.
KENDERAAN
YANG DIDAFTARKAN PADA DAN SELEPAS 1 JANUARI 1995 TETAPI TIDAK MEMPUNYAI
TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG. APAKAH YANG PATUT
DILAKUKAN?
Kenderaan-kenderaan tersebut dipasang tali pinggang keledar di
agen-agen kenderaan berkenaan. Disamping itu, Kementerian Pengangkutan
telah mendapat kerjasama pembuat kenderaan Proton, Perodua dan Honda
untuk membekal dan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang
secara percuma.
KENDERAAN
YANG TIDAK DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG SELEPAS
TEMPOH 31 DISEMBER 2011 PEMASANGAN BERAKHIR, ADAKAH PEMILIKNYA AKAN
DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN?
Pemilik kenderaan berkenaan akan dikenakan tindakan saman.
SIAPAKAH YANG AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN SEKIRANYA TERDAPAT PENUMPANG YANG TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Tindakan saman akan dikenakan kepada penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar.
BERAPAKAH UMUR PENUMPANG YANG AKAN DIAMBIL TINDAKAN SAMAN SEKIRANYA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG?
Tindakan saman hanya akan dikenakan kepada penumpang yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.
SIAPAKAH YANG DIKECUALIKAN DARIPADA MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Pengecualian daripada memakai tali pinggang keledar diberikan kepada:
- Orang yang diperakui oleh dua orang pengamal perubatan berdaftar - tidak boleh memakai tali pinggang keledar atas sebab kesihatan; dan
- Mana-mana orang yang dikecualikan oleh Menteri dari masa ke semasa.
ADAKAH PEREMPUAN MENGANDUNG DIKECUALIKAN MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Ya. Perempuan yang sarat mengandung dikecualikan memakai tali pinggang keledar.
SIAPAKAH
YANG AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SEKIRANYA PENUMPANG MELEBIHI DARIPADA
JUMLAH TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG YANG DIPASANG DALAM SESEBUAH
KENDERAAN DAN KESEMUANYA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Jumlah penumpang yang dikenakan tindakan adalah mengikut bilangan tali
pinggang keledar yang dipasang dalam kenderaan tersebut. Manakala saman
akan dikeluarkan kepada penumpang yang berada di tempat duduk yang
dipasang tali pinggang keledar sahaja.
BOLEHKAH SATU TALI PINGGANG KELEDAR DIPAKAI OLEH LEBIH DARIPADA SEORANG PENUMPANG?
Tidak boleh kerana setiap tali pinggang keledar hanya untuk seorang sahaja.
SAYA
BEKERJA SEBAGAI SEORANG PEMANDU. SEKIRANYA MAJIKAN SAYA YANG DUDUK DI
TEMPAT DUDUK BELAKANG TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR, SIAPAKAH YANG
AKAN DI SAMAN?
Majikan tuan yang akan disaman.
SEBAGAI
PEMANDU ADAKAH SAYA AKAN DISAMAN SEKIRANYA PENUMPANG DI TEMPAT DUDUK
BELAKANG YANG BERUMUR DI BAWAH 17 TAHUN TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG
KELEDAR?
Tidak. Saman hanya dikeluarkan kepada penumpang yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.
JIKA KENDERAAN MASIH TIDAK MEMPUNYAI TALI PINGGANG KELEDAR, SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMASANG?
Tanggungjawab untuk memasang tali pinggang keledar pada kenderaan adalah terletak atas tuan punya kenderaan.
ADAKAH KENDERAAN DARI LUAR NEGARA TERTAKLUK DI BAWAH PERATURAN INI?
Ya. Kenderaan dari negara luar adalah tertakluk kepada peraturan ini.
ADAKAH BAYI WAJIB MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Tidak. Bayi tidak diwajibkan memakai tali pinggang keledar sekiranya diriba.
KENDERAAN
SAYA DIDAFTARKAN SEBELUM 1 JANUARI 1995 TETAPI MEMPUNYAI TALI PINGGANG
KELEDAR BELAKANG, ADAKAH PENUMPANG SAYA WAJIB MEMAKAINYA?
Tidak wajib. Walau bagaimanapun penumpang digalakkan memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan.
APAKAH JENIS TALI PINGGANG KELEDAR YANG DILULUSKAN UNTUK DIPASANG DI BAWAH PERATURAN INI?
Jenis tali pinggang keledar yang diluluskan untuk dipasang adalah
seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 kepada Kaedah-Kaedah Kereta
Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 dan (Pindaan) 2008.
DIMANAKAH SAYA BOLEH MEMBAYAR KOMPAUN KERANA DISAMAN TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Kompaun boleh dibayar di mana-mana pejabat JPJ atau Balai Polis (bergantung kepada pihak yang mengeluarkan saman tersebut).
SAYA
MEMPUNYAI KERETA HONDA YANG DIDAFTARKAN PADA 5 FEBRUARI 1995.
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPAT PERKHIDMATAN PEMASANGAN DARI SYARIKAT
HONDA?
Tuan dikehendaki menghubungi agen-agen Honda untuk mendapatkan tarikh temujanji bagi pemasangan tali pinggang keledar.
KENDERAAN
SAYA DIBUAT PADA TAHUN 1994 TETAPI DIDAFTARKAN PADA TAHUN 1995, ADAKAH
SAYA WAJIB MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG?
Ya. Peraturan adalah berkuatkuasa kepada kenderaan yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 1995.
SAYA
TELAH DISAMAN PADA TAHUN 2008 KERANA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG
KELEDAR HADAPAN TETAPI SAYA INGIN MEMBAYAR SAMAN TERSEBUT PADA TAHUN
2009. BERAPAKAH JUMLAH KOMPAUN YANG KENA DIBAYAR?
Jumlah kompaun yang kena dibayar ialah RM 300.00.
NENEK
SAYA TIDAK MAHU MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR ATAS SEBAB-SEBAB
TERTENTU. BOLEHKAH BELIAU DIKECUALIKAN DARIPADA MEMAKAI TALI PINGGANG
KELEDAR?
Tidak boleh.
ADAKAH KESALAHAN TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR TERMASUK DALAM JADUAL KESALAHAN MATA DEMERIT (KEJARA)?
Tidak.
ADAKAH ORANG KURANG UPAYA (OKU) WAJIB MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Ya.
ADAKAH PEMAKAIAN TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG BOLEH MENGELAKKAN KEMALANGAN JALAN RAYA?
Pemakaian tali pinggang keledar belakang bukan bertujuan untuk
mengelakkan kemalangan jalan raya tetapi dapat mengurangkan risiko
kematian dan kecederaan parah semasa berlaku kemalangan.
ADAKAH
PERATURAN PEMAKAIAN TALI PINGGANG KELEDAR DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN
JALAN 1987 SETARAF DENGAN PERATURAN NEGARA-NEGARA MAJU?
Ya. Peraturan ini telah dilaksanakan di negara-negara maju seperti U.S.A, Denmark, Britain dll.
KENAPA PENUMPANG TEMPAT DUDUK BELAKANG PERLU MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh
mengundang risiko dan bahaya. Berdasarkan kajian MIROS (Malaysian
Institute of Road Safety Research), pada kelajuan 50 km sejam penumpang
belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan
dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.
BERAPAKAH KES KEMALANGAN ATAU KEMATIAN YANG MELIBATKAN PENUMPANG TEMPAT DUDUK BELAKANG?
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh MIROS (Malaysian Institute of Road
Safety Research), pada tahun 2007, terdapat 350 kes kematian, 700 kes
cedera parah dan 2,100 kes cedera ringan yang melibatkan penumpang di
tempat duduk belakang kenderaan persendirian. Daripada jumlah ini, 40% -
50% kes kematian, cedera parah dan cedera ringan yang melibatkan
penumpang belakang boleh dikurangkan sekiranya penumpang memakai tali
pinggang keledar.
ADAKAH TEKSI/KERETA SEWA DIKECUALIKAN DARIPADA MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?
Semua kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995
diwajibkan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang termasuk
teksi dan kereta sewa.
KENDERAAN
SAYA TELAH DIDAFTARKAN SELEPAS 1 JANUARI 1995 TETAPI TIDAK DILENGKAPI
DENGAN PENAMBAT BINAAN DALAM (REAR ANCHORAGE POINTS), ADAKAH SAYA AKAN
DISAMAN DISEBABKAN PENUMPANG BELAKANG TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG
KELEDAR?
Tidak. Tuan tidak dikenakan saman kerana kenderaan tuan tidak dilengkapi
dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points) walaupun telah
didaftarkan selepas 1 Januari 1995.
Info : Spesifikasi No Plat Kenderaan
3 Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai hitam.
- Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
- Huruf dan nombor berwarna hitam yang di'embossed' atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
Contoh-contoh Ukuran Plat Kenderaan
Info : Garis Panduan Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian
-
Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
Pemasangan air spoiler, aerofoil atau side skirt mestilah tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
-
Pemasangan door visor pada kenderaan.
Pemasangan door visor hendaklah tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi
-
Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
- Pemasangan tambahanbumper atauprotecting guard (kangaroo bar) di bahagian hadapan atau belakang mestilah tidak boleh melebihi 50% daripada bes roda kenderaan.
- Pemasangan protecting guards (kangaroo bar) mestilah tidak menutupi lampu-lampu kenderaan dan dan tidak mempunyai bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm.
- Protecting guard (kangaroo bar) yang dipasang mestilah tidak melebihi 150mm daripada keseluruhan lebar kenderaan.
-
Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
- Sekiranya rim atau tayar yang lebih besar digunakan, ianya mestilah ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflap.
- Pemasangan tayar yang lebih besar sehingga mengubah ketinggian keseluruhan kenderaan adalah tidak dibenarkan.
-
Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
- Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top
mestilah dilakukan dengan hanya menebuk sebahagian bumbung tanpa
melibatkan pemotongan pillar bumbung asal atau pemotongan pada casis
kenderaan.
-
Pengubahsuaian tersebut mestilah dilakukan pada bahagian tengah bumbung
sahaja dan tiada kesan sambungan atau kimpalan pada mana-mana bahagian
yang lain.
-
Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan dan ukuran tingginyatidak boleh melebihi 230mm dari paras bumbung.
- Lebar dan panjang para bumbung mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Tangga / Bot / Surf board yang dibawa di atas para bumbung mestilah tidak melebihi bahagian hadapan dan belakang kenderaan.
- Tangga / Bot / Surfboard yang dibawa mestilah diikat dengan kuat pada para bumbung, sekurang-kurangnya dua ikatan.
- Roda hadapan kenderaan mestilah menanggung sekurang-sekurang 20% berat bot / surf board.
-
Penukaran kotak gear manual / automatik
- Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member', ‘steering linkage' dan ‘steering box'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan mounting'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting'.
-
Pemasangan kanopi / kanvas
- Pemasangan kanopi jenis hard-top mudah alih ini atau kanvas hanya dibenarkan untuk kenderaan jenis twin cab pick-up sahaja di mana jumlah penumpang adalah 5 orang.
- Panjang, tinggi dan lebar kanopi mestilah tidak melebihi dimensi asal kenderaan.
- Ketelusan Cahaya Tampak pada semua cermin tingkap kanopi mestilah tidak kurang daripada 50%.
- Tempat duduk tambahan adalah tidak dibenarkan dipasang pada ruang kanopi tersebut.
- Lampu brek ketiga hendaklah dipasang di bahagian belakang kenderaan selepas pemasangan kanopi dilakukan.
-
Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel)
- Pemasangan winch, winch bar, snorkel, side step dan rear bar hendaklah dipasang dengan kuat dan kemas supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
- Winch Bar, Rear Bar dan Side Step yang dipasang hendaklah tidak boleh melebihi 150mm keseluruhan lebar kenderaan dan tidak boleh menutupi lampu-lampu dan nombor pendaftaran kenderaan.
- Pemasangan aksesori yang dipasang mestilah tidak boleh mengganggu identiti asal kenderaan tersebut.
-
Pemasangan roof-rack (para bumbung) / bike carrier
- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan.
- Ukuran tinggi pemasangan para bumbung mestilah tidak melebihi 230 mm dari paras atas bumbung dan lebar serta panjang mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Mana-mana kenderaan tidak boleh membawa muatan yang mengunjur melebihi belakang, hadapan atau tepi badan kenderaan.
- Ukuran basikal di atas bumbung kenderaan mestilah tidak melebihi
bahagian hadapan, belakang dan tepi bumbung serta perlu diikat dengan
kuat dan kemas supaya tidak membahayakan pengguna jalanraya yang lain
- Pemasangan bike carrier pada bahagian belakang kenderaan adalah tidak dibenarkan
- Pemasangan spotlight
- Pemasangan spotlight hanya dibenarkan pada kenderaan jenis 4X4 sahaha.
- Pemasangan spot light mestilah bewarna putih atau amber sahaja dan dipasang di bahagian hadapan kenderaan sebagai tambahan kepada lampu sedia ada.
- Pemasangan spot light di atas bumbung kenderaan adalah tidak dibenarkan.
- Hanya dua (2) unit spot light sahaja dibenarkan untuk pemasangan pada kenderaan.
- Spot lighthanya boleh digunakan semasa aktiviti off road sahaja dan hendaklah ditutup apabila digunakan di atas jalan raya.
- Ketinggian pemasangan spot light hendaklah tidak melebihi 5 kaki (1524mm) dari atas permukaan jalan.
Info : Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian
Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang
pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu :
PEMERIKSAAN KENDERAAN-KENDERAAN MOTOR DAN PEMBERIAN MAKLUMAT KEPADA
KETUA PENGARAH
1. Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum pendaftaran sesuatu kenderaan
motor menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa ke mana-mana tempat yang sesuai yang dinyatakan olehnya
dan diperiksa dan , jika perlu , ditimbang dan diukur dan selepas didaftarkan boleh pada bila-bila masa menghendaki
supaya kenderaan motor itu dibawa seperti yang tersebut dahulu jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai.
a) bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini;
b) bahawa apa-apa maklumat yang diberikan kepadanya berkenaan dengan kenderaan motor itu
adalah palsu , tidak betul atau mengelirukan;
c) bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh guna ; atau
d) bahawa berat , dimensi , ciri-ciri, pembinaan,warna, butir butir pengenalan atau tempat duduk
telah diubah selepas pendaftarannya.
2. Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengarah secara bertulis
akan apa-apa hal keadan atau kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam daftar berhubungan dengan
kenderaan motor dan hendaklah pada masa yang sama menyampaikan atau menyerahkan.
3. Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah apabila dikehendaki oleh Pengarah berbuat
demikian :-
pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu :
PEMERIKSAAN KENDERAAN-KENDERAAN MOTOR DAN PEMBERIAN MAKLUMAT KEPADA
KETUA PENGARAH
1. Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum pendaftaran sesuatu kenderaan
motor menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa ke mana-mana tempat yang sesuai yang dinyatakan olehnya
dan diperiksa dan , jika perlu , ditimbang dan diukur dan selepas didaftarkan boleh pada bila-bila masa menghendaki
supaya kenderaan motor itu dibawa seperti yang tersebut dahulu jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai.
a) bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini;
b) bahawa apa-apa maklumat yang diberikan kepadanya berkenaan dengan kenderaan motor itu
adalah palsu , tidak betul atau mengelirukan;
c) bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh guna ; atau
d) bahawa berat , dimensi , ciri-ciri, pembinaan,warna, butir butir pengenalan atau tempat duduk
telah diubah selepas pendaftarannya.
2. Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengarah secara bertulis
akan apa-apa hal keadan atau kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam daftar berhubungan dengan
kenderaan motor dan hendaklah pada masa yang sama menyampaikan atau menyerahkan.
3. Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah apabila dikehendaki oleh Pengarah berbuat
demikian :-
a) dengan serta merta memberikan kepada Pengarah segala maklumat yang diperlukan bagi maksud
menentusahkan catatan-catatan berhubungan dengan kenderaan motor itu di dalam daftar; dan
b) dengan serta-merta mengemukakan atau menyerahkan kepada Pengarah akan perakuan
pendaftaran berhubung dengan kenderaan motor itu
4. Selepas sesuatu kenderaan motor diperiksa , ditimbang atau diukur dibawah subseksyen (1), atau setelah
menerima apa-apa maklumat atau bukti yang diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor di bawah
subseksyen (2) atau (3) , Pengarah boleh membuat apa-apa pindaan di dalam daftar dan perakuan pendaftaran
berhubungan dengan kenderaan motor itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan hendaklah mengembalikan
perakuan pendaftaran itu kepada pemunya berdaftar.
5. Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal mematuhi apa-apa kehendak Ketua Pengarah atau
seorang Pengarah di bawah subseksyen (1) atau di bawah subsekyen (2) atau (3) adalah melakukan kesalahan.
menentusahkan catatan-catatan berhubungan dengan kenderaan motor itu di dalam daftar; dan
b) dengan serta-merta mengemukakan atau menyerahkan kepada Pengarah akan perakuan
pendaftaran berhubung dengan kenderaan motor itu
4. Selepas sesuatu kenderaan motor diperiksa , ditimbang atau diukur dibawah subseksyen (1), atau setelah
menerima apa-apa maklumat atau bukti yang diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor di bawah
subseksyen (2) atau (3) , Pengarah boleh membuat apa-apa pindaan di dalam daftar dan perakuan pendaftaran
berhubungan dengan kenderaan motor itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan hendaklah mengembalikan
perakuan pendaftaran itu kepada pemunya berdaftar.
5. Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal mematuhi apa-apa kehendak Ketua Pengarah atau
seorang Pengarah di bawah subseksyen (1) atau di bawah subsekyen (2) atau (3) adalah melakukan kesalahan.
PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ adalah seperti berikut :-
1. Pemasangan pengadang angin
2. Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
3. Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
4. Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ adalah seperti berikut :-
1. Pemasangan pengadang angin
2. Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
3. Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
4. Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-
1. Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal.
2. Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
3. Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.
2. Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
3. Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.
PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN PERSENDIRIAN
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah
mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:-
1. Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
2. Pemasangan door visor pada kenderaan.
3. Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards
(Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
4. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
5. Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
6. Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
7. Penukaran kotak gear manual / automatik
8. Pemasangan kanopi / kanvas
9. Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
11. Pemasangan spotlight
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah
mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:-
1. Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
2. Pemasangan door visor pada kenderaan.
3. Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards
(Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
4. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
5. Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
6. Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
7. Penukaran kotak gear manual / automatik
8. Pemasangan kanopi / kanvas
9. Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
11. Pemasangan spotlight
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-
1. Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
2. Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
3. Pemasangan lampu HID secara retrofit.
4. Penukaran sistem pacuan.
5. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian
hadapan atau belakang kereta.
6. Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain
warna merah / amber pada bahagian belakang.
7. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
8. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
9. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50%.
1. Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
2. Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
3. Pemasangan lampu HID secara retrofit.
4. Penukaran sistem pacuan.
5. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian
hadapan atau belakang kereta.
6. Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain
warna merah / amber pada bahagian belakang.
7. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
8. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
9. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50%.
JENIS-JENIS
PENGUBAHSUAIAN PADA KENDERAAN PERSENDIRIAN DAN PERDAGANGAN YANG PERLU
MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA JPJ.
Kenderaan Persendirian
Kenderaan Persendirian
1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
2. Penukaran sistem bahan bakar.
3. Penukaran enjin.
4. Status kenderaan Vintaj/Klasik
5. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)
Kenderaan Perdagangan2. Penukaran sistem bahan bakar.
3. Penukaran enjin.
4. Status kenderaan Vintaj/Klasik
5. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)
1. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
2. Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
3. Mengubah bilangan tempat duduk
4. Penukaran Had Berat
5. Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
6. Penukaran Kabin
7. Pemasangan Lantai/Lapik Besi
8. Mengubah Kegunaan Kenderaan
9. Penukaran Gandar
10.Penukaran Jenis Badan
Makluman : Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada
Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.
Sumber : www.jpj.gov.my
Info : Panduan permohonan no pendaftaran kenderaan
Kategori Nombor Pendaftaran:
a. Nombor-nombor Bernilai Utama | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
b. Nombor-nombor Menarik | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | |||
18 | 19 | 22 | 28 | 33 | 38 | 55 | |||
66 | 77 | 88 | 99 | 111 | 222 | 333 | |||
555 | 666 | 777 | 888 | 999 | 1111 | 2222 | |||
3333 | 5555 | 6666 | 7777 | 8888 | 9999 |
c. Nombor-nombor Popular | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
20 | 21 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | |||
29 | 30 | 31 | 32 | 34 | 35 | 36 | |||
37 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | 44 | |||
45 | 46 | 47 | 48 | 49 | 50 | 51 | |||
52 | 53 | 54 | 56 | 57 | 58 | 59 | |||
60 | 61 | 62 | 63 | 64 | 65 | 67 | |||
68 | 69 | 70 | 71 | 72 | 73 | 74 | |||
75 | 76 | 78 | 79 | 80 | 81 | 82 | |||
83 | 84 | 85 | 86 | 87 | 89 | 90 | |||
91 | 92 | 93 | 94 | 95 | 96 | 97 | |||
98 | 100 | 200 | 300 | 400 | 500 | 500 | |||
700 | 800 | 900 | 1000 | 1001 | 1122 | 1221 | |||
1133 | 1331 | 1155 | 1551 | 1166 | 1177 | 1771 | |||
1188 | 1881 | 1199 | 1919 | 1991 | 2000 | 2002 | |||
2020 | 2211 | 2112 | 2233 | 2332 | 2255 | 25225 | |||
2552 | 2266 | 2662 | 2277 | 2727 | 2772 | 2288 | |||
2828 | 2882 | 2299 | 2929 | 2992 | 3000 | 3003 | |||
3030 | 3300 | 3131 | 3113 | 3322 | 3232 | 3223 | |||
3355 | 3535 | 3553 | 3366 | 3636 | 3377 | 3773 | |||
3388 | 3838 | 3399 | 3939 | 3993 | 4000 | 5000 | |||
5005 | 5515 | 5115 | 5522 | 5533 | 5353 | 5335 | |||
5566 | 5665 | 5577 | 5775 | 5588 | 5885 | 5599 | |||
5995 | 5000 | 5006 | 6611 | 6116 | 6622 | 6633 | |||
6336 | 6655 | 6556 | 6677 | 6776 | 6688 | 6868 | |||
6886 | 6699 | 6969 | 6996 | 7000 | 7007 | 7070 | |||
7711 | 7171 | 7117 | 7722 | 7227 | 7733 | 7373 | |||
7755 | 7557 | 7766 | 7667 | 7788 | 7878 | 7887 | |||
7799 | 7997 | 8000 | 8008 | 8811 | 8181 | 8118 | |||
8822 | 8228 | 8833 | 8383 | 8338 | 8855 | 8558 | |||
8866 | 8668 | 8877 | 8778 | 8899 | 8989 | 8998 | |||
900 | 9009 | 9911 | 9119 | 9922 | 9229 | 9933 | |||
9339 | 9955 | 9559 | 9966 | 9696 | 9669 | 9977 | |||
9779 | 9988 | 9898 | 9889 | ||||||
Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan adalah termasuk di bawah kategori ini.
|
Nombor-nombor Semasa |
---|
Bermaksud suatu nombor pendaftaran dari kategori selain di atas.
|
Dokumen yang diperlukan:
NOTA : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat , ditulis di
luar sampul surat : " TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN " dan dimasukkan ke
dalam peti tempahan yang disediakan.
Permohonan Menyertai Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran:
- M.V. 10
- Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
- Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas nama "Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia".
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (individu / syarikat) yang disahkan.
- Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
- Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan:
- M.V.10A
- Slip Bayaran yuran perkhidmatan RM10.
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport).
- Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas):
- M.V.10B
- Surat Permohonan.
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
- Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
Keputusan:
PERINGATAN : Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual
nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan
khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa
kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia
menjadi Lembaga Pengarah.
- Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
- Bagi pemohon yang tidak berjaya,deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan.
- Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.
- Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan.
- Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh bayaran dijelaskan.
- Pemohon yang berjaya yang tidak menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik dan ditawarkan kepada pemohon lain yang berminat.
- Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
- Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.
Harga Tempahan:
Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut:
- Nombor Bernilai Utama RM10,000.
- Nombor Menarik RM 2,000.
- Nombor Popular RM 300.
- Nombor Semasa RM 300.
Maklumat Tambahan:
- Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
- Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
- Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.
- Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.