SELAMAT DATANG

KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG MEMILIKI KERETA PERODUA VIVA, KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI SEBUAH KELUARGA. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERBENTUK KEKELUARGAAN,RIADAH,SUKAN,KEMASYARAKATAN DAN BERMACAM LAGI DIJALANKAN BAGI MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA BERSAMA.

TIDAK KIRA BANGSA, TUA ATAU PUN MUDA, BERLAINAN AGAMA SEKALIPUN.. ANDA DIALU-ALUKAN.

Thursday 29 November 2012

Info : Panduan Memohon Penukaran Enjin

Nombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang oleh pembuat/pengilang.
 
JENIS-JENIS PERMOHONAN
  1. Kategori 1:  Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama atau tidak melebihi 25% dari enjin asal (kenderaan persendirian sahaja)
  2. Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang berbeza / keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal
  3. Kategori 3 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran bahan bakar
  4. Kategori 4 : Penukaran enjin kenderaan buatan PROTON yang menggunakan enjin CAMPRO kepada enjin buatan Mitsubishi
  5. Kategori 5 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran Gearbox (Manual ? Auto)
  6. Kategori 6 : Penukaran enjin bagi kenderaan perdagangan
Definisi ‘enjin asal’ adalah merujuk kepada model enjin yang telah dipasang kepada model kenderaan tersebut oleh pengilang.

Senarai buatan-buatan yang dikategorikan sebagai sama (klon)
 PROTON  <-> 
 a) MITSUBISHI
  b) RENAULT (SAVY,WAJA 1.8)
  c) CITROEN ( TIARA)
  * penukaran enjin hendaklah dari model enjin yang sama varience dengan PROTON.Sebarang   pengubahsuaian "Engine Mounting" adalah tidak dibenarkan sama sekali.
 PERODUA   <->  DAIHATSU / TOYOTA
 FORD  <->  MAZDA
 PEUGOT  <->  CITROEN
 HICOM  <->  ISUZU
 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin:
  1. Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor  (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.
  2. Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
  3. Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’.
  4. Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’.
  5. Kenderaan model Proton SELAIN Proton Perdana dan Proton Inspira hanya dibenarkan membuat penukaran enjin berkeupayaan maksimum 1836cc (1.8 Liter) sahaja. Penukaran enjin berkeupayaan 1997cc atau 1998cc (2.0 Liter) hanya dibenarkan kepada Proton Perdana dan Proton Inspira sahaja.
  6. Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% ‘opacity’. (Bagi enjin diesel sahaja).
  7. Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN

Bagi Kategori 1
Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut:
  1. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
  2. Bil/Resit belian enjin yang asal
  3. Laporan Kastam K1 yang asal
  4. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)

Bagi Kategori 2 hingga 6

Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:
  1.  icon Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin (10.52 kB)
  2. Salinan Kad pendaftaran kenderaan yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
  3. Salinan bil/resit belian enjin
  4. Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan
  5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
  1. Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ 
  2. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan 
  3. Bil/Resit belian enjin yang asal 
  4. Laporan Kastam K1 yang asal 
  5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain) 
  6. Laporan PG10 (sekiranya penukaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal)
Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan.

Makluman

Urusan transaksi bagi semua permohonan di atas hendaklah dilakukan di Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri berhampiran.

Sumber : www.jpj.gov.my
 

No comments:

Post a Comment