SELAMAT DATANG

KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG MEMILIKI KERETA PERODUA VIVA, KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI SEBUAH KELUARGA. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERBENTUK KEKELUARGAAN,RIADAH,SUKAN,KEMASYARAKATAN DAN BERMACAM LAGI DIJALANKAN BAGI MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA BERSAMA.

TIDAK KIRA BANGSA, TUA ATAU PUN MUDA, BERLAINAN AGAMA SEKALIPUN.. ANDA DIALU-ALUKAN.

Tuesday 4 December 2012

Lagu Anak Kecil Main Api



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri


Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
 
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Sunday 2 December 2012

Program Sambutan ulang tahun Kemerdekaan Ke-55

Alhamdulillah.. Pada 31.08.2012 yang lalu Provc telah di jemput bagi bersama-sama didalam perarakan semperna program Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang Ke-55. 20 buah kenderaan Perodua Viva (Ahli PROVC) telah terlibat didalam perarakan tersebut.Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli PROVC yang telah hadir memberi sokongan dan tidak lupa juga kepada pihak Urusetia dan kerajaan negeri Perlis kerana memberi peluang kepada belia untuk turutserta.


Picture creadit to : Mr azmir azmi 

Terima Kasih.