SELAMAT DATANG

KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG MEMILIKI KERETA PERODUA VIVA, KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI SEBUAH KELUARGA. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERBENTUK KEKELUARGAAN,RIADAH,SUKAN,KEMASYARAKATAN DAN BERMACAM LAGI DIJALANKAN BAGI MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA BERSAMA.

TIDAK KIRA BANGSA, TUA ATAU PUN MUDA, BERLAINAN AGAMA SEKALIPUN.. ANDA DIALU-ALUKAN.

Thursday 29 November 2012

Info : Automated Enforcement System ( AES )

Apakah AES?
  • Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.
  • Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).
  • Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
  • Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
  • Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
 
Kenapa Perlu AES?
  • Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan.
  • AES adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.
  • Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
  • AES mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:
    • 24 jam
    • Tidak bermusim
    • Tiada campur tangan manusia
  • Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musin perayaan semasa Ops SIKAP berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).
  • Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering berlaku kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama.

 
Bagaimana AES berfungsi?
  • AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
  • Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:
    • Tidak mematuhi lampu isyarat
    • Memandu melebihi had laju
  • Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
  • Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
  • Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
 
Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES berbanding kaedah sedia ada?
  • Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.
  • Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.
  • Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 360 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
  • Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).
  • Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
  • Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.
  • Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
  • AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.
  • Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
  • Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
  • AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti:-
    • Memotong di garisan berkembar;
    • Memotong di sebelah kiri jalan;
    • Lebih Muatan;
    • Potong barisan;
    • Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;
    • Penguatkuasaan laluan bas.

 
Apakah AES berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?
  • Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia.
  • Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.
  • Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain:
  • PERANCIS   -           Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
  • JERMAN       -           Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
  • KUWAIT      -           Kemalangan menurun 48%.
  • UNITED KINGDOM          -           Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.
 
Jikalau AES begitu efektif, tidakkah sistem ini tidak lagi diperlukan pada masa hadapan?
  • Kalau AES begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih perlu diambilkira:
    • 9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan (habitual offender).
    • Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun.
    • Jumlah pemegang lesen bertambah.
    • Kilometer jalanraya bertambah.
    • Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat di kawasan tersebut.
    • Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.
 
Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan AES?
  • Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuanpunya (owner) kepada AES.
  • Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AES:
    • JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES.
    • MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AES.
    • JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.

 
Apakah peranan PDRM di dalam AES?
  • PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik.
  • Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.
  • Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.
 
Apakah asas penentuan lokasi pemasangan kamera?
  • Penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AES dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM dan JKJR.
  • Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan kemalangan PDRM (Pol.27).
  • Data daripada maklumat laporan ini dianalisa oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan.
  • Seterusnya lokasi-lokasi tersebut diberi markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan. Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan tinggi ke rendah – kes kemalangan, cedera parah, cedera ringan dan kemalangan kecil. Lokasi yang mengumpul markah tertinggi diberi keutamaan untuk pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi juga dibuat sah.
 
Berapa bilangan kamera yang akan dipasang?
  • Jumlah kamera speeding 566 buah.
  • Jumlah kamera traffic light 265 buah.
  • Jumlah keseluruhan kamera 831 buah.
  • Mobile kamera (30%) 250 unit – operasi kamera-kamera mudah alih adalah bagi kawasan-kawasan kemalangan yang tiada infrastruktur (bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya) untuk di pasang kamera statik.
 
Adakah rakyat akan marah dengan tindakan kerajaan melaksanakan AES?
  • Risiko kepada pelaksanaan sistem AES adalah ‘public outcry’ kerana sistem secara drastik akan mengubah sikap pemanduan dalam masa yang singkat. Namun begitu rakyat mempunyai pilihan untuk tidak melanggar undang-undang.
  • AES akan dilaksanakan secara berperingkat. Dijangka siap sepenuhnya 100% dalam tempoh 18 bulan dari ianya mula dilaksanakan. Tempoh ini adalah cukup bagi kerajaan melaksanakan program kesedaran dan advokasi.
  • Program advokasi adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamaatn Jalan Raya (JKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya.
  • Lokasi pemasangan kamera tetap AES bukan rahsia tetapi diwar-warkan sebagai peringatan kepada pengguna jalanraya. Papan tanda amaran akan dipasang sebelum pengguna jalanraya menempuh kawasan yang dilengkapi kamera AES.

Info : Peraturan pemakaian tali pinggang keledar

 
Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008).
Kaedah ini mula berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut :
  1. Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995.
  2. Kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points).
  3. Kenderaan yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
  4. Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.
Bagi kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai penambat binaan dalam (rear anchorage points), tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Tempoh 3 tahun ini bermula dari 1 Januari 2009 hingga 3i Disember 2011.
Bagi membantu pemilik kenderaan, pihak JKJR dan pengeluar kenderaan iaitu Proton, Perodua dan Honda telah menandatangani MoU di mana pengeluar kenderaan-kenderaan tersebut telah bersetuju memasang tali pinggang keledar belakang secara percuma (bagi kenderaan yang dikeluarkan mulai 1hb Januari 1995). Adalah dianggarkan sebayak 227,000 buah kenderaan Proton, 435,000 buah kenderaan Perodua dan 35,000 buah kendraan Honda akan dipasang secara retrofit oleh pengeluar masing-masing. Pemilik kenderaan adalah dinasihatkan supaya mengambil tindakan awal untuk melengkapkan kenderaan masing-masing dengan tali pinggang keledar tempat duduk belakang demi melindungi keselamatan diri dan penumpang.
Intervansi atau inisiatif melalui penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kematian apabila berlaku kemalangan jalan raya. Mengikut kajian oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research), pada tahun 2007, terdapat 350 kes kematian, 700 kes cedera parah dan 2,100 kes cedera ringan yang melibatkan penumpang di tempat duduk belakang kenderaan persendirian. Dari jumlah ini sebanyak 40% – 50% kes kematian, cedera parah dan cedera ringan yang melibatkan penumpang belakang boleh dikurangkan sekiranya pemandu atau penumpang memakai tali pinggang keledar.
Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar (hadapan atau belakang) akan disaman. Penalti bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, bagi tempoh enam (6) bulan pertama iaitu mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2009, JPJ atau PDRM akan menawarkan kompaun RM300 kepada pesalah.
 
Persoalan dan Jawapan :
 
ADAKAH SEMUA KENDERAAN DIWAJIBKAN MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG ?
Mulai 1 Januari 2009 semua kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 wajib memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
 
APAKAH KENDERAAN YANG DIKECUALIKAN DARIPADA DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?
Kenderaan-kenderaan yang dikecualikan dari dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang adalah seperti berikut:-
  1. Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995.
  2. Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points).
  3. Kenderaan yang mempunyai lebih daripada lapan tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
  4. Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.
ADAKAH DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN JIKA KENDERAAN YANG DIDAFTAR SELEPAS 1 JANUARI 1995 TETAPI TIDAK DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?
Tidak. Kenderaan tersebut diberi tempoh sehingga 31 Disember 2011 untuk dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
 
BERAPAKAH JUMLAH TALI PINGGANG KELEDAR YANG SEPATUTNYA DIPASANG PADA SESEBUAH KENDERAAN?
Setiap tempat duduk di dalam sesebuah kenderaan yang kapasitinya tidak melebihi 8 tempat duduk tidak termasuk pemandu hendaklah dipasang tali pinggang keledar.
 
ADAKAH KENDERAAN BARANGAN DIKECUALIKAN DARI MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR?
Kenderaan barangan yang mempunyai berat muatan maksimum melebihi 3500 Kg adalah dikecualikan daripada memasang tali pinggang keledar belakang.
 
ADAKAH KENDERAAN JENIS VAN, MPV, SUV DAN MUV PERLU DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?
Ya. Sekiranya kenderaan tersebut didaftar pada atau selepas 1 Januari 1995 dan jumlah tempat duduknya kurang dari 8 orang termasuk tempat duduk pemandu.
 
BOLEHKAH TEMPAT DUDUK BELAKANG SESEBUAH KENDERAAN DIPASANG DENGAN TALI PINGGANG KELEDAR JENIS IKATAN PINGGANG SAHAJA?
Ya. Boleh. Sekiranya binaan kenderaan tersebut tidak membolehkan ia dipasang dengan tiga penambat bina dalam.
 
KENDERAAN YANG DIDAFTARKAN PADA DAN SELEPAS 1 JANUARI 1995 TETAPI TIDAK MEMPUNYAI TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG. APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN?
Kenderaan-kenderaan tersebut dipasang tali pinggang keledar di agen-agen kenderaan berkenaan. Disamping itu, Kementerian Pengangkutan telah mendapat kerjasama pembuat kenderaan Proton, Perodua dan Honda untuk membekal dan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma.
 
KENDERAAN YANG TIDAK DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG SELEPAS TEMPOH 31 DISEMBER 2011 PEMASANGAN BERAKHIR, ADAKAH PEMILIKNYA AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN?
Pemilik kenderaan berkenaan akan dikenakan tindakan saman.
 
SIAPAKAH YANG AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN SEKIRANYA TERDAPAT PENUMPANG YANG TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Tindakan saman akan dikenakan kepada penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar.
 
BERAPAKAH UMUR PENUMPANG YANG AKAN DIAMBIL TINDAKAN SAMAN SEKIRANYA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG?
Tindakan saman hanya akan dikenakan kepada penumpang yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.
 
SIAPAKAH YANG DIKECUALIKAN DARIPADA MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Pengecualian daripada memakai tali pinggang keledar diberikan kepada:
  1. Orang yang diperakui oleh dua orang pengamal perubatan berdaftar - tidak boleh memakai tali pinggang keledar atas sebab kesihatan; dan
  2. Mana-mana orang yang dikecualikan oleh Menteri dari masa ke semasa.
ADAKAH PEREMPUAN MENGANDUNG DIKECUALIKAN MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Ya. Perempuan yang sarat mengandung dikecualikan memakai tali pinggang keledar.
 
SIAPAKAH YANG AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SEKIRANYA PENUMPANG MELEBIHI DARIPADA JUMLAH TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG YANG DIPASANG DALAM SESEBUAH KENDERAAN DAN KESEMUANYA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Jumlah penumpang yang dikenakan tindakan adalah mengikut bilangan tali pinggang keledar yang dipasang dalam kenderaan tersebut. Manakala saman akan dikeluarkan kepada penumpang yang berada di tempat duduk yang dipasang tali pinggang keledar sahaja.
 
BOLEHKAH SATU TALI PINGGANG KELEDAR DIPAKAI OLEH LEBIH DARIPADA SEORANG PENUMPANG?
Tidak boleh kerana setiap tali pinggang keledar hanya untuk seorang sahaja.
 
SAYA BEKERJA SEBAGAI SEORANG PEMANDU. SEKIRANYA MAJIKAN SAYA YANG DUDUK DI TEMPAT DUDUK BELAKANG TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR, SIAPAKAH YANG AKAN DI SAMAN?
Majikan tuan yang akan disaman.
 
SEBAGAI PEMANDU ADAKAH SAYA AKAN DISAMAN SEKIRANYA PENUMPANG DI TEMPAT DUDUK BELAKANG YANG BERUMUR DI BAWAH 17 TAHUN TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Tidak. Saman hanya dikeluarkan kepada penumpang yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.
 
JIKA KENDERAAN MASIH TIDAK MEMPUNYAI TALI PINGGANG KELEDAR, SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMASANG?
Tanggungjawab untuk memasang tali pinggang keledar pada kenderaan adalah terletak atas tuan punya kenderaan.
 
ADAKAH KENDERAAN DARI LUAR NEGARA TERTAKLUK DI BAWAH PERATURAN INI?
Ya. Kenderaan dari negara luar adalah tertakluk kepada peraturan ini.
 
ADAKAH BAYI WAJIB MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Tidak. Bayi tidak diwajibkan memakai tali pinggang keledar sekiranya diriba.
 
KENDERAAN SAYA DIDAFTARKAN SEBELUM 1 JANUARI 1995 TETAPI MEMPUNYAI TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG, ADAKAH PENUMPANG SAYA WAJIB MEMAKAINYA?
Tidak wajib. Walau bagaimanapun penumpang digalakkan memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan.
 
APAKAH JENIS TALI PINGGANG KELEDAR YANG DILULUSKAN UNTUK DIPASANG DI BAWAH PERATURAN INI?
Jenis tali pinggang keledar yang diluluskan untuk dipasang adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 kepada Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 dan (Pindaan) 2008.
 
DIMANAKAH SAYA BOLEH MEMBAYAR KOMPAUN KERANA DISAMAN TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Kompaun boleh dibayar di mana-mana pejabat JPJ atau Balai Polis (bergantung kepada pihak yang mengeluarkan saman tersebut).
 
SAYA MEMPUNYAI KERETA HONDA YANG DIDAFTARKAN PADA 5 FEBRUARI 1995. BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPAT PERKHIDMATAN PEMASANGAN DARI SYARIKAT HONDA?
Tuan dikehendaki menghubungi agen-agen Honda untuk mendapatkan tarikh temujanji bagi pemasangan tali pinggang keledar.
 
KENDERAAN SAYA DIBUAT PADA TAHUN 1994 TETAPI DIDAFTARKAN PADA TAHUN 1995, ADAKAH SAYA WAJIB MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG?
Ya. Peraturan adalah berkuatkuasa kepada kenderaan yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 1995.
 
SAYA TELAH DISAMAN PADA TAHUN 2008 KERANA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR HADAPAN TETAPI SAYA INGIN MEMBAYAR SAMAN TERSEBUT PADA TAHUN 2009. BERAPAKAH JUMLAH KOMPAUN YANG KENA DIBAYAR?
Jumlah kompaun yang kena dibayar ialah RM 300.00.
 
NENEK SAYA TIDAK MAHU MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. BOLEHKAH BELIAU DIKECUALIKAN DARIPADA MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Tidak boleh.
 
ADAKAH KESALAHAN TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR TERMASUK DALAM JADUAL KESALAHAN MATA DEMERIT (KEJARA)?
Tidak.
 
ADAKAH ORANG KURANG UPAYA (OKU) WAJIB MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Ya.
 
ADAKAH PEMAKAIAN TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG BOLEH MENGELAKKAN KEMALANGAN JALAN RAYA?
Pemakaian tali pinggang keledar belakang bukan bertujuan untuk mengelakkan kemalangan jalan raya tetapi dapat mengurangkan risiko kematian dan kecederaan parah semasa berlaku kemalangan.
 
ADAKAH PERATURAN PEMAKAIAN TALI PINGGANG KELEDAR DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 SETARAF DENGAN PERATURAN NEGARA-NEGARA MAJU?
Ya. Peraturan ini telah dilaksanakan di negara-negara maju seperti U.S.A, Denmark, Britain dll.
 
KENAPA PENUMPANG TEMPAT DUDUK BELAKANG PERLU MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh mengundang risiko dan bahaya. Berdasarkan kajian MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research), pada kelajuan 50 km sejam penumpang belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.
 
BERAPAKAH KES KEMALANGAN ATAU KEMATIAN YANG MELIBATKAN PENUMPANG TEMPAT DUDUK BELAKANG?
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research), pada tahun 2007, terdapat 350 kes kematian, 700 kes cedera parah dan 2,100 kes cedera ringan yang melibatkan penumpang di tempat duduk belakang kenderaan persendirian. Daripada jumlah ini, 40% - 50% kes kematian, cedera parah dan cedera ringan yang melibatkan penumpang belakang boleh dikurangkan sekiranya penumpang memakai tali pinggang keledar.
 
ADAKAH TEKSI/KERETA SEWA DIKECUALIKAN DARIPADA MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?
Semua kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 diwajibkan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang termasuk teksi dan kereta sewa.
 
KENDERAAN SAYA TELAH DIDAFTARKAN SELEPAS 1 JANUARI 1995 TETAPI TIDAK DILENGKAPI DENGAN PENAMBAT BINAAN DALAM (REAR ANCHORAGE POINTS), ADAKAH SAYA AKAN DISAMAN DISEBABKAN PENUMPANG BELAKANG TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?
Tidak. Tuan tidak dikenakan saman kerana kenderaan tuan tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points) walaupun telah didaftarkan selepas 1 Januari 1995.

Info : Spesifikasi No Plat Kenderaan

3 Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan
  1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai hitam.
  2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
  3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di'embossed' atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Contoh-contoh Ukuran Plat Kenderaan


PLATE02
 

Info : Garis Panduan Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian

  • Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.

Pemasangan air spoiler, aerofoil atau side skirt mestilah tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
  • Pemasangan door visor pada kenderaan.

Pemasangan door visor  hendaklah tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi

  • Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.

- Pemasangan tambahanbumper atauprotecting guard (kangaroo bar) di bahagian hadapan atau belakang mestilah tidak boleh melebihi 50% daripada bes roda kenderaan.
- Pemasangan protecting guards (kangaroo bar) mestilah tidak menutupi lampu-lampu kenderaan dan dan tidak mempunyai bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm.
- Protecting guard (kangaroo bar) yang dipasang mestilah tidak melebihi 150mm daripada keseluruhan lebar kenderaan.

  • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.

- Sekiranya rim atau tayar yang lebih besar digunakan, ianya mestilah ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflap.
- Pemasangan tayar yang lebih besar sehingga mengubah ketinggian keseluruhan kenderaan adalah tidak dibenarkan.
 
  • Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan

- Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top mestilah dilakukan dengan hanya menebuk sebahagian bumbung tanpa melibatkan pemotongan pillar bumbung asal atau pemotongan pada casis  kenderaan.
- Pengubahsuaian tersebut mestilah dilakukan pada bahagian tengah bumbung sahaja dan tiada kesan sambungan atau kimpalan pada mana-mana bahagian yang lain.
 
  • Pemasangan membawa tangga / bot / surf board

- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan dan ukuran tingginyatidak boleh melebihi 230mm dari paras bumbung.
- Lebar dan panjang para bumbung mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Tangga / Bot / Surf board yang dibawa di atas para bumbung mestilah tidak melebihi bahagian hadapan dan belakang kenderaan.
- Tangga / Bot / Surfboard yang dibawa mestilah diikat dengan kuat pada para bumbung, sekurang-kurangnya dua ikatan.
- Roda hadapan kenderaan mestilah menanggung sekurang-sekurang 20% berat bot / surf board.
 
  • Penukaran kotak gear manual / automatik

- Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member', ‘steering linkage' dan ‘steering box'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan mounting'.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting' dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting'.
 
  • Pemasangan kanopi / kanvas

- Pemasangan kanopi jenis hard-top mudah alih ini atau kanvas hanya dibenarkan untuk kenderaan jenis twin cab pick-up sahaja di mana jumlah penumpang adalah 5 orang.
- Panjang, tinggi dan lebar kanopi mestilah tidak melebihi dimensi asal kenderaan.
- Ketelusan Cahaya Tampak pada semua cermin tingkap kanopi mestilah tidak kurang daripada 50%.
- Tempat duduk tambahan adalah tidak dibenarkan dipasang pada ruang kanopi tersebut.
- Lampu brek ketiga hendaklah dipasang di bahagian belakang kenderaan selepas pemasangan kanopi dilakukan.
 
  • Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel)

- Pemasangan winch, winch bar, snorkel, side step dan rear bar hendaklah dipasang dengan kuat dan kemas supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
- Winch Bar, Rear Bar dan Side Step yang dipasang hendaklah tidak boleh melebihi 150mm keseluruhan lebar kenderaan dan tidak boleh menutupi lampu-lampu dan nombor pendaftaran kenderaan.
- Pemasangan aksesori yang dipasang mestilah tidak boleh mengganggu identiti asal kenderaan tersebut.
 
  • Pemasangan roof-rack (para bumbung) / bike carrier

- Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan.
- Ukuran tinggi pemasangan para bumbung mestilah tidak melebihi 230 mm dari paras atas bumbung dan lebar serta panjang mestilah tidak melebihi luas bumbung.
- Mana-mana kenderaan tidak boleh membawa muatan yang mengunjur melebihi belakang, hadapan atau tepi badan kenderaan.
- Ukuran basikal  di atas bumbung kenderaan mestilah tidak melebihi bahagian hadapan, belakang dan tepi bumbung serta perlu diikat dengan kuat dan kemas supaya tidak membahayakan pengguna jalanraya yang lain
 
- Pemasangan bike carrier pada bahagian belakang kenderaan adalah tidak dibenarkan
  • Pemasangan spotlight
- Pemasangan spotlight hanya dibenarkan pada kenderaan jenis 4X4 sahaha.
- Pemasangan spot light mestilah bewarna putih atau amber sahaja dan dipasang di bahagian hadapan kenderaan sebagai tambahan kepada lampu sedia ada.
- Pemasangan spot light di atas bumbung kenderaan adalah tidak dibenarkan.
- Hanya dua (2) unit spot light sahaja dibenarkan untuk pemasangan pada kenderaan.
- Spot lighthanya boleh digunakan semasa aktiviti off road sahaja dan hendaklah ditutup apabila digunakan di atas jalan raya.
- Ketinggian pemasangan spot light hendaklah tidak melebihi 5 kaki (1524mm) dari atas permukaan jalan.

Info : Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang
pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu :

PEMERIKSAAN KENDERAAN-KENDERAAN MOTOR DAN PEMBERIAN MAKLUMAT KEPADA
KETUA PENGARAH


1.   Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum pendaftaran sesuatu kenderaan

motor menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa ke mana-mana tempat yang sesuai yang dinyatakan olehnya
dan diperiksa dan , jika perlu , ditimbang dan diukur dan selepas didaftarkan boleh pada bila-bila masa menghendaki
supaya kenderaan motor itu dibawa seperti yang tersebut dahulu jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai.
              a)  bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini;
              b)  bahawa apa-apa maklumat yang diberikan kepadanya berkenaan dengan kenderaan motor itu
                    adalah palsu , tidak betul atau mengelirukan;
              c)  bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh guna ; atau
              d)  bahawa berat , dimensi , ciri-ciri, pembinaan,warna, butir butir pengenalan atau tempat duduk
                    telah diubah selepas pendaftarannya.

2.   Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengarah secara bertulis

akan apa-apa hal keadan atau kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam daftar berhubungan dengan
kenderaan motor dan hendaklah pada masa yang sama menyampaikan atau menyerahkan.

3.   Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah apabila dikehendaki oleh Pengarah berbuat

demikian :-
              a)  dengan serta merta memberikan kepada Pengarah segala maklumat yang diperlukan bagi maksud
                    menentusahkan catatan-catatan berhubungan dengan kenderaan motor itu di dalam daftar; dan
              b)  dengan serta-merta mengemukakan atau menyerahkan kepada Pengarah akan perakuan
                    pendaftaran berhubung dengan kenderaan motor itu

4.   Selepas sesuatu kenderaan motor diperiksa , ditimbang atau diukur dibawah subseksyen (1), atau setelah

menerima apa-apa maklumat atau bukti yang diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor di bawah
subseksyen (2) atau (3) , Pengarah boleh membuat apa-apa pindaan di dalam daftar dan perakuan pendaftaran
berhubungan dengan kenderaan motor itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan hendaklah mengembalikan
perakuan pendaftaran itu kepada pemunya berdaftar.

5.   Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal mematuhi apa-apa kehendak Ketua Pengarah atau

seorang Pengarah di bawah subseksyen (1) atau di bawah subsekyen (2) atau (3) adalah melakukan kesalahan.
 
PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang
boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ adalah seperti berikut :-

1.  Pemasangan pengadang angin

2.  Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
3.  Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
4.  Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang
tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-
1.  Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal.
2.  Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
3.  Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.
PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang
boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah
mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:-

1.  Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.

2.  Pemasangan door visor pada kenderaan.
3.  Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards
     (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
4.   Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
5.   Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
6.   Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
7.   Penukaran kotak gear manual / automatik
8.   Pemasangan kanopi / kanvas
9.   Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
11. Pemasangan spotlight
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-

1.  Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.

2.  Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
3.  Pemasangan lampu HID secara retrofit.
4.  Penukaran sistem pacuan.
5.  Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian
     hadapan atau belakang kereta.
6.  Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain
     warna merah / amber pada bahagian belakang.
7.  Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
8.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
9.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50%.
JENIS-JENIS PENGUBAHSUAIAN PADA KENDERAAN PERSENDIRIAN DAN PERDAGANGAN YANG PERLU MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA JPJ.

Kenderaan Persendirian
1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
2. Penukaran sistem bahan bakar.
3. Penukaran enjin.
4. Status kenderaan Vintaj/Klasik
5. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)
Kenderaan Perdagangan

1. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.

2. Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
3. Mengubah bilangan tempat duduk
4. Penukaran Had Berat
5. Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
6. Penukaran Kabin
7. Pemasangan Lantai/Lapik Besi
8. Mengubah Kegunaan Kenderaan
9. Penukaran Gandar
10.Penukaran Jenis Badan

Makluman : Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada
Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.


Sumber : www.jpj.gov.my
  

Info : Panduan permohonan no pendaftaran kenderaan

 
Kategori Nombor Pendaftaran:
                                             a. Nombor-nombor Bernilai Utama
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 
                                                   b. Nombor-nombor Menarik
11 12 13 14 15 16 17
18 19 22 28 33 38 55
66 77 88 99 111 222 333
555 666 777 888 999 1111 2222
3333 5555 6666 7777 8888 9999  
c. Nombor-nombor Popular
20 21 23 24 25 26 27
29 30 31 32 34 35 36
37 39 40 41 42 43 44
45 46 47 48 49 50 51
52 53 54 56 57 58 59
60 61 62 63 64 65 67
68 69 70 71 72 73 74
75 76 78 79 80 81 82
83 84 85 86 87 89 90
91 92 93 94 95 96 97
98 100 200 300 400 500 500
700 800 900 1000 1001 1122 1221
1133 1331 1155 1551 1166 1177 1771
1188 1881 1199 1919 1991 2000 2002
2020 2211 2112 2233 2332 2255 25225
2552 2266 2662 2277 2727 2772 2288
2828 2882 2299 2929 2992 3000 3003
3030 3300 3131 3113 3322 3232 3223
3355 3535 3553 3366 3636 3377 3773
3388 3838 3399 3939 3993 4000 5000
5005 5515 5115 5522 5533 5353 5335
5566 5665 5577 5775 5588 5885 5599
5995 5000 5006 6611 6116 6622 6633
6336 6655 6556 6677 6776 6688 6868
6886 6699 6969 6996 7000 7007 7070
7711 7171 7117 7722 7227 7733 7373
7755 7557 7766 7667 7788 7878 7887
7799 7997 8000 8008 8811 8181 8118
8822 8228 8833 8383 8338 8855 8558
8866 8668 8877 8778 8899 8989 8998
900 9009 9911 9119 9922 9229 9933
9339 9955 9559 9966 9696 9669 9977
9779 9988 9898 9889      
Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan adalah termasuk di bawah kategori ini.
                                                        Nombor-nombor Semasa
Bermaksud suatu nombor pendaftaran dari kategori selain di atas.
Dokumen yang diperlukan:
NOTA : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat , ditulis di luar sampul surat : " TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN " dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.
Permohonan Menyertai Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran:
  1. M.V. 10
  2. Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
  3. Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas nama "Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia".
  4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (individu / syarikat) yang disahkan.
  5. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
  6. Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan:
  1. M.V.10A
  2. Slip Bayaran yuran perkhidmatan RM10.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport).
  4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas):
  1. M.V.10B
  2. Surat Permohonan.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
  4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
Keputusan:
PERINGATAN : Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.
  1. Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
  2. Bagi pemohon yang tidak berjaya,deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan.
  3. Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.
  4. Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan.
  5. Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh bayaran dijelaskan.
  6. Pemohon yang berjaya yang tidak menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik dan ditawarkan kepada pemohon lain yang berminat.
  7. Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
  8. Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.
Harga Tempahan:
Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut:
  1. Nombor Bernilai Utama RM10,000.
  2. Nombor Menarik RM 2,000.
  3. Nombor Popular RM 300.
  4. Nombor Semasa RM 300.
Maklumat Tambahan:
  1. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
  2. Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
  3. Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.
  4. Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
Sumber : www.jpj.gov.my